LTSIP terima 40 penerbangan sehari

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Industri pelancongan di Kelantan menunjukkan perkembangan positif selepas sempadan negeri dibuka setelah ditutup sebelum ini ekoran penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, kapasiti penginapan di hotel di negeri tersebut mencatat 65 peratus.

Katanya ia seiring dengan peningkatan pergerakan penumpang menggunakan kenderaan awam dan persendirian ke Kelantan.

- Advertisement -

“Jumlah kehadiran pesawat juga mencatat peningkatan dengan 40 penerbangan dalam tempoh sehari di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

“Peningkatan kehadiran pelancong memberi impak yang positif khusus bagi sektor pelancongan, ia sekali gus dapat melonjakkan sektor perniagaan.

“Kita juga berharap kedatangan Ramadan dan sambutan Hari Raya tidak lama lagi boleh merangsang sektor berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Dialog Strategik Pembinaan Tamadun Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Md Anizam juga berkata, pelbagai inisiatif dirangka bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri tersebut.

Antaranya kata beliau mengadakan promosi termasuk di Shah Alam yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan sektor perniagaan. – HARAKAHDAILY 26/1/2022

- Advertisement -