PM Britain rai hari jadi ketika perintah berkurung

- Advertisement -

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson didakwa mengadakan majlis ulang tahunnya yang ke-57 semasa perintah berkurung pertama di negara itu pada Jun 2020, ketika perhimpunan sosial di dalam rumah dilarang.

Pendedahan itu meningkatkan tekanan ke atas Johnson berhubung siri perhimpunan di kediamannya di 10 Downing Street yang jelas  telah melanggar peraturan penutupan pandemik Covid-19 yang ditetapkan sendiri oleh kerajaannya.

- Advertisement -

Kenyataan ibu pejabat Johnson yang dikeluarkan bagaimanapun mempertikaikan dakwaan itu dengan berkata, ia bukan majlis meraikan hari jari Johnson tetapi lebih kepada sekumpulan kakitangan yang bekerja di kediaman rasmi Perdana Menteri pada hari itu berkumpul seketika di bilik kabinet selepas mesyuarat untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Johnson, lapor ITV News.

“Perdana Menteri berada di situ tidak sampai 10 minit,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pendedahannya, ITV  News berkata, isteri Perdana Menteri, Carrie Johnson, didakwa membantu menganjurkan parti itu pada petang 19 Jun 2020.

“Sehingga 30 orang menghadiri majlis itu di bilik kabinet 10 Downing Street yang merupakan, pejabat dan kediaman rasmi Perdana Menteri.

“Perdana menteri dipercayai dihadiahkan kek manakala isterinya mengetuai kakitangan suaminya dalam berpadu  suara menyanyi lagu selamat hari jadi,” lapor ITV News. Agensi

- Advertisement -