Exco jumpa mangsa kebakaran, sampaikan sumbangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Selesai program di Marang, saya segera pulang ke Kemaman menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Pusat Pengajian Taman Islam, Kampung Bakau Tinggi,” ujar Ahi Dewan Undangan Negeri (Adun) Cukai, Hanafiah Mat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau melahirkan rasa sedih melihat keadaan mereka kebanyakan hilang harta dan barang-barang secara keseluruhannya.

- Advertisement -

Menurutnya, tujuh buah rumah terlibat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri telah bertemu dengan mereka dan menyampaikan sumbangan wang tunai.

“Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan TDI (Tabung Darul Iman) mengikut kesesuaian kes ini.

“Insya-Allah, kami akan melakukan yang terbaik demi kebaikan dan kelangsungan hidup mereka. Insya-Allah, semoga mereka tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Turut bersama beliau menemui mangsa kebakaran ialah Pegawai JKM Daerah Kemaman, Mohd Fadzli Ismail. – HARAKAHDAILY 25/1/2022

- Advertisement -