Masyarakat bebas rasuah impian rakyat 2022

- Advertisement -

RASUAH ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Statistik Tangkapan Rasuah dari SPRM menunjukkan pengurangan kes sebanyak 9.4 peratus tahun 2019-2020 dan 15 peratus tahun 2020-2021. Walau bagaimanapun, jumlah kes tangkapan pada tahun 2021 (847 kes) masih tinggi.

Malaysia berada pada kedudukan 57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Berdasarkan Fraud Diamond Theory (2004), terdapat empat faktor utama berlakunya rasuah dalam sesebuah organisasi atau masyarakat:

- Advertisement -

1. Tekanan kewangan.

Kesempitan hidup disebabkan kemiskinan mendorong seseorang untuk melakukan rasuah, namun terdapat juga golongan yang melakukannya untuk mendapat kesenangan.

2. Peluang terbuka.

Amalan rasuah ini sudah menjadi kebiasaan di dalam organisasi atau masyarakat yang membolehkan seseorang untuk melakukan rasuah dengan mudah.

3. Rasionalisasi.

Penerimaan atau pemberian sesuatu dianggap rasional oleh masyarakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

4. Kemampuan.

Masyarakat atau organisasi tersebut mempunyai pengetahuan atau pengalaman dan mahir dalam melakukan perbuatan keji tersebut. 

Gejala rasuah ini perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan ditangani dengan tegas tanpa
mengira warna kulit dan pangkat. 

Kepimpinan seharusnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik serta mengajak rakyat untuk menghayati akhlak Nabi Muhammad S.A.W dalam setiap aspek kehidupan seharian khususnya etika dan amanah dalam pekerjaan.

Marilah jadikan Masyarakat Bebas Rasuah sempena Resolusi Tahun Baru 2022, menuju negara sifar rasuah.

Rujukan:
1. https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=972. https://www.sinarharian.com.my/article/121265/BERITA/Nasional/Indeks-Persepsi-Rasuah-Malaysia-jatuh-ke-tangga-573. https://www.igi-global.com/dictionary/fraud-diamond-theory/82340

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 24/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/3089658894656305/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -