MAIPs sasar beri perkhidmatan terbaik

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyasarkan memberi perkhidmatan terbaik sehingga mencapai kepuasan kesemua pemegang taruhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bagi mencapai hasrat itu semua pegawai dan kakitangan perlu memastikan tahap kerja terbaik dapat diberikan.

“Pastikan tahap kerja kita lebih aktif, kreatif dan proaktif dalam sebarang tindakan selain berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang tepat.

- Advertisement -

“Selain memberi khidmat yang pantas, namun aspek kualiti tetap perlu dijaga bagi memuaskan hati pelanggan serta pemegang taruh,” katanya selepas perasmian kedai ais kacang Romli Desa di sini semalam.

Perasmian disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Program tersebut diadakan sempena aktiviti MAIPs Peduli.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri Ruzaini Rais dan Setiausaha Kedua di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur Ruthanne Soh Ying.

Premis ais kacang Romli Desa beroperasi di Jalan Santan dekat sini.

Romli merupakan salah seorang usahawan yang menerima peruntukan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf berupa peralatan kedai makan daripada MAIPs sebelum ini.

MAIPs sasar beri perkhidmatan terbaik

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
KANGAR: KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyasarkan memberi perkhidmatan terbaik sehingga mencapai kepuasan kesemua pemegang taruhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bagi mencapai hasrat itu semua pegawai dan kakitangan perlu memastikan tahap kerja terbaik dapat diberikan.

“Pastikan tahap kerja kita lebih aktif, kreatif dan proaktif dalam sebarang tindakan selain berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang tepat.

“Selain memberi khidmat yang pantas, namun aspek kualiti tetap perlu dijaga bagi memuaskan hati pelanggan serta pemegang taruh,” katanya selepas perasmian kedai ais kacang Romli Desa di sini semalam.

Perasmian disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Program tersebut diadakan sempena aktiviti MAIPs Peduli.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri Ruzaini Rais dan Setiausaha Kedua di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur Ruthanne Soh Ying.

Premis ais kacang Romli Desa beroperasi di Jalan Santan dekat sini.

Romli merupakan salah seorang usahawan yang menerima peruntukan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf berupa peralatan kedai makan daripada MAIPs sebelum ini.

Sebelum itu Raja Muda turut meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs di tiga rumah asnaf, di mana masing-masing menerima RM700.

- Advertisement -