Hotel TH Kelana Jaya perlu tingkat kualiti perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menasihatkan pihak pengurusan Hotel TH Kelana Jaya supaya fokus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Selain itu, katanya pihak pengurusan hotel juga perlu menampilkan pakej produk baharu yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Advertisement

Beliau menyatakan perkara itu susulan dikunjungi pengurusan TH Hotel, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya iaitu (Pengurus Operasi), Nurul Azhar Haron, Pengurus Residen), Ahmad Anuar Sulaiman dan Pembantu Pengurus Jualan dan Pemasaran, Jasmina Alias, hari ini

“Kami bersama-sama berbincang dari hati ke hati untuk sama-sama memajukan Hotel TH Kelana Jaya yang sekian lama menjadi ikon strategik Tabung Haji,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Katanya, Hotel TH Kelana Jaya amat nostalgia kerana sebelum ini menjadi lokasi para jemaah haji berkumpul sebelum bergerak ke lapangan terbang.

“Kita semua ada pengalaman menghantar jemaah haji sebelum ini di TH Kelana Jaya,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 24/1/2022