Benar guru berpolitik langkah proaktif kerajaan

- Advertisement -

TELUK INTAN: Keputusan kerajaan yang membenarkan guru sekolah di seluruh negara terlibat dalam politik merupakan satu tindakan proaktif dalam mengembalikan hak profesion guru sebagai rakyat. 

Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Azhar Rafiei berkata, keputusan berkuatkuasa serta-merta dibuat Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu dibuat melalui konsensus mesyuarat kabinet. 

- Advertisement -

“Telah lama para guru dinafikan lebih-lebih lagi di era Kerajaan Pakatan Harapan. (Sedangkan) Guru juga merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang wajar diberikan hak menurut Perlembagaan. 

“Mereka sepatutnya bebas berpartisipasi serta melibatkan diri dalam politik negara seperti rakyat Malaysia yang lain,” ujar beliau menyambut baik keputusan tersebut. 

Selain itu kata beliau, keputusan terbaru ini juga merupakan satu langkah yang tepat menyuburkan amalan demokrasi bagi sebuah negara berpaksikan kepada sistem raja berperlembagaan.

Justeru itu katanya, PAS Kawasan Teluk Intan menyokong keputusan kerajaan ini yang diumumkan Perdana Menteri itu dan berharap tidak akan ada lagi apa-apa bentuk tekanan kepada warga pendidik. 

Ujarnya, golongan tersebut telah banyak menabur bakti kepada negara hanya kerana mereka mempunyai kecenderungan politik tertentu. – HARAKAHDAILY 24/1/2022

- Advertisement -