AS arahkan warganya keluar Ukraine

Kedutaan Amerika Syarikat di Kyiv, Ukraine yang dirakam pada 1 Oktober 2020. (FOTO REUTERS)
- Advertisement -

WASHINGTON: Jabatan negara Amerika Syarikat telah mengarahkan semua kakitangan dan warganya di kedutaan AS di Ukraine meninggalkan negara itu di tengah-tengah kebimbangan yang memuncak tentang pencerobohan Rusia.

Jabatan berkenaan dalam kenyataannya pada lewat Ahad (23 Jan) berkata, kakitangan di kedutaan AS di Kyiv perlu meninggalkan negara itu, begitu kakitangan kedutaan yang tidak penting juga boleh meninggalkanUkraine atas perbelanjaan kerajaan AS.

- Advertisement -

“Kami telah berunding dengan kerajaan Ukraine mengenai langkah mengeluarkan  kakitangan kedutaan dan warga AS dari Ukraine, dan sedang menyelaraskan dengan pihak Bersekutu dan kedutaan rakan kongsi di Kyiv ketika mereka menentukan kedudukan mereka,” ujar kenyataan tersebut. 

Terdahulu, Rusia telah mengumpulkan pasukan tenteranya berhampiran sempadan Ukraine menyebabkan ketegangan dengan kuasa Barat. 

Moscow bagaimanapun menegaskan ia tidak mempunyai perancangan untuk menyerang Ukraine.

Namun kedutaan AS di Kyiv memberi amaran dalam satu kenyataan bahawa ‘tindakan ketenteraan oleh Rusia boleh berlaku pada bila-bila masa dan kerajaan AS  tidak akan berada dalam kedudukan untuk memindahkan warga Amerika dalam keadaan luar jangka, jadi warga AS yang kini berada di Ukraine harus merancang dengan sewajarnya’. – Agensi

- Advertisement -