Adun keliling kampung dekati golongan asnaf

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU:
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Guar Sanji menganjur Ride Santai Guar Sanji Prihatin dengan mendekati golongan asnaf.

Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim berkata, seramai 40 anak muda menyertai program berkenaan dengan mengelilingi Dun Guar Sanji bermula di Kampung Jelempok.

- Advertisement -

Katanya jelajah tersebut diteruskan ke Kampung Tebuk, Kampung Permatang Serdang dan berakhir di Kampung Behor Mentalon.

“Peserta diketuai Pengerusi Alternative Riding Club (ARC) Arau, Azhar Yusop.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Komuniti Anak Muda Kampung Jelempok.

“Alhamdulillah, kita mempunyai anak muda yang prihatin memberi kerjasama menjayakan kerja kebajikan kepada masyarakat setempat. Anak muda merupakan aset masa depan negara,” katanya pada program berkenaan semalam.

Mohd Ridzuan juga berkata, seramai 30 asnaf menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur daripada PKWR Dun Guar Sanji.

Turut hadir Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Fuad Hashim; Ketua Dewan Pemuda PAS Arau Amrul Amri Chan dan ketua-ketua cawangan dalam Dun berkenaan. – HARAKAHDAILY 24/1/2022

- Advertisement -