Malaysia tegaskan komitmen terhadap pelucutan senjata nuklear

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan sekali lagi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap pelucutan senjata nuklear.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Malaysia juga akan terus bekerjasama secara erat dengan rakan-rakan yang lain untuk merealisasikan matlamat dunia bebas daripada ancaman senjata nuklear.

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengalu-alukan penandaan ulang tahun pertama penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) pada hari ini.

“Triti ini merupakan surat cara antarabangsa pertama yang mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan senjata nuklear secara komprehensif, termasuklah pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan, penempatan dan penggunaan senjata tersebut,” ujar kenyataan itu.

Menurutnya, Malaysia telah menandatangani TPNW sebaik sahaja ia dibuka untuk penandatanganan negara pihak pada 20 September 2017.

Tambah kenyataan itu, Malaysia meratifikasi Triti tersebut pada 30 September 2020, menjadikannya sebagai Negara Pihak ke-46 kepada TPNW.

Sehingga kinl, sebanyak 86 buah negara telah menandatanganidan 59 buah negara telah meratifikasi Triti tersebut.

“Malaysia percaya bahawa TPNW mengukuhkan lagl norma bahawa ancaman senjata nuklear tidak boleh diterima sama sekali dan adalah penling bagi Triti inl untuk diterima pakai oleh semua negara dengan kadar segera,” ujar kenyataan itu.

Bersempena dengan ulang tahun penguatkuasaan Triti ini, Malaysia terus menggalakkan negara-negara lain untuk mempercepatkan proses penyertaan mereka terhadap Triti berkenaan sebagai manifestasi komitmen mereka terhadap pelucutan senjata nuklear secara umum dan lengkap serta penghapusan senjata tersebut secara menyeluruh. – HARAKAHDAILY 22/1/2022

- Advertisement -