Ulamak dan umarak tak dapat dipisahkan

- Advertisement -

ILMU dan politik tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada Islam, begitu jugalah ulamak dan umarak. 

- Advertisement -

Rasulullah S.A.W menyifatkan para ulamak seperti bintang-bintang di langit dengan sabdanya yang bermaksud: 

“Bandingan para ulamak di dunia ini samalah seperti bintang-bintang di langit. Ia menjadi pedoman atau panduan dalam kegelapan di laut dan di darat. Jika bintang-bintang itu pudar atau hilang, maka mereka yang mengikutinya juga akan sesat.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Umarak (pemerintah) pula merupakan satu keperluan yang pasti bagi umat manusia. Tanpa umarak, masyarakat akan menjadi kacau-bilau malah syariat tidak akan dapat ditegakkan serta dilaksanakan.

Namun, tanggungjawab serta amanah yang dipikul oleh para umarak amatlah berat sekali dan akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T di akhirat nanti.

Ulamak dan umarak merupakan dua insan yang sangat penting dalam sesuatu komuniti masyarakat. Kedua-dua golongan ini perlu bersatu dan bernaung di bawah naungan ‘Ad-Din’ (agama). 

Juga merupakan pewaris kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ulamak mewarisi ilmu daripada Nabi S.A.W, manakala umarak pula mewarisi kepimpinan daripada Nabi S.A.W.

Justeru, peliharalah amanah Allah S.W.T kerana ia sesuatu yang wajib untuk dipelihara. Orang yang tidak menjaga amanah dan tidak menyampaikannya, menjadilah dia orang yang khianat. 

Hayatilah kata-kata Al-Imam al-Suyuthi yang meriwayatkan sebuah athar menyebutkan;

“Ada dua golongan dalam kalangan manusia, apabila mereka baik maka seluruh manusia akan menjadi baik, apabila mereka rosak maka seluruh manusia akan menjadi rosak, iaitulah ulamak dan umarak.”

Wallahua’lam.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 21/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/225083869659930/posts/298060575695592

- Advertisement -