Rakyat dinasihat peka pengumuman MetMalaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah menyediakan pelbagai aplikasi dalam memberitahu keadaan cuaca yang perlu masyarakat ambil serius terhadap pengumuman diberikan. 

Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berkata, masyarakat tidak seharusnya berpendapat bahawa kejadian banjir hanya akan berlaku di negeri-negeri Pantai Timur sahaja. 

- Advertisement -

“Ini menyebabkan apabila berlaku bencana alam seperti banjir di kawasan lain selain Pantai Timur, ramai yang tidak bersedia untuk menghadapinya.

“Berapa ramai yang melihat dan mengambil berat (ramalan cuaca MetMalaysia). Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini,” ujarnya memberitahu aplikasi itu turut mencatatkan angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara.

Beliau berucap pada Sidang Khas Parlimen yang khusus membincangkan mengenai banjir melanda banyak kawasan negara baru-baru ini pada persidangan itu di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Abdul Latiff turut mengemukakan cadangan supaya Jabatan Meteorologi memperkemas pembangunan dan penyelidikannya untuk berhadapan kemungkinan cuaca lebih ekstrem pada masa hadapan.

Juga sarannya, supaya mempelbagaikan kaedah penyampaian yang lebih berkesan kepada seluruh rakyat di mana mungkin sudah sampai masanya negara perlu sistem yang lebih canggih 

“(Ini) bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada ramalan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Jika kita menonton siaran TV segmen kaji cuaca di negara-negara Arab, penyiar akan sebut “dengan kehendak Allah” akan berlaku sebagaimana kajian yang dilaporkan. 

“Di Malaysia juga saya cadangkan penyiar TV untuk segmen kaji cuaca juga turut mengambil langkah yang sama sebagai tanda semua yang akan berlaku adalah dengan kehendak Allah,” syor beliau.

Melanjutkan mencadangnya, beliau mengingatkan kerajaan perlu menyelesaikan masalah banjir kilat secara serius melalui kajian menyeluruh agensi terlibat seperti Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS).

Katanya, amat perlu untuk menyelesaikan masalah longkang yang tersumbat dan aliran sungai tersekat serta memperdalamkan sungai khususnya anak-anak sungai.

“Sudah sampai masanya masalah ini di tangani sebaiknya dan tidak hanya menanti untuk di selesaikan selepas banjir besar yang tentunya mengakibatkan kerugian yang lebih besar. 

“Penumpuan haruslah di berikan kepada kawasan-kawasan utama yang sering di landa banjir kilat ini,” ujarnya mengingat dengan pepatah ‘Sudah terhantuk baru tengadah’. 

Memetik portal Careta.My mengenai 50,000 kenderaan di tenggelami banjir tersebut dan anggaran RM10,000 hingga RM20,000 bagi baik pulih, beliau mahu pelindungan khas diwujudkan.

Kerana katanya, masa sama mereka yang terkesan dengan banjir ini turut kehilangan harta benda lain termasuk rumah dan peralatannya di mana tentunya sangat menyukarkan kehidupan.

“Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan mewajibkan takaful untuk banjir bagi setiap kenderaan. Pada masa sekarang, takaful untuk banjir bagi kenderaan adalah add on atau pilihan.

“Dengan penambahan sebanyak RM130 untuk perlindungan sebanyak RM10,000 ke bawah. Tentunya ia akan membebankan pengguna akibat kenaikan jika di laksanakan. 

“Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menanggung penambahan ini untuk golongan B40 dan M40,” kemukanya.

Beliau terdahulu merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan dan agensi terlibat seperti NADMA, JKM, APM, Polis, Bomba, KKM serta lain yang dengan begitu tangkas menghulurkan bantuan.

Juga kepada NGO, pihak swasta, Jabatan Amal, Khidmat Malaysia dan orang perseorangan yang turut terlibat membantu rakyat terkesan akibat banjir berkenaan.

“Di samping Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 yang telah di salurkan segera kepada mereka yang terlibat dengan banjir. 

“Saya difahamkan sekitar satu hingga dua minggu sahaja berbanding sebelum ini sekitar 3 hingga 5 bulan barulah mereka yang terlibat menerima bantuan daripada kerajaan.

“Ini menunjukkan kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri begitu mengambil berat serta memahami kepayahan mereka yang terkesan dengan bencana ini. 

“Bahkan arahan Perdana Menteri cukup jelas agar dipercepatkan BWI sebelum mangsa balik ke rumah daripada Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas perubahan yang drastik dan amat baik ini,” ujarnya. – BERNAMA

- Advertisement -