Bandar Pintar: Perak mampu jadi perintis

UMUMYA, apabila disebut Bandar Pintar masyarakat akan membayangkan bandar yang didiami mereka akan dilengkapi dengan fasiliti sistem jalan raya pintar, kenderaan pandu sendiri, sistem penjimatan tenaga elektrik automatik dan seumpamanya. 

Advertisement

Sebenarnya, definisi Bandar Pintar adalah lebih holistik. Berikut merupakan tafsiran Bandar Pintar dari beberapa Organisasi Profesional dari seluruh dunia dan agensi kerajaan:

1. British Standard Institution: A smart city is an “effective integration of physical, digital and human systems in the built environment to deliver a sustainable, prosperous and inclusive future for its citizens”.

2. Association of Southeast Asian Nations: A smart city harnesses technological and digital solutions as well as innovative non-technological means to address urban challenges, continuously improving people’s lives and creating new opportunities.

 3. Department for Business, Innovation and Skills, UK: A Smart City should enable every citizen to engage with all the services on offer, public as well as private, in a way best suited to his or her needs. It brings together hard infrastructure, social capital including local skills and community institutions, and (digital) technologies to fuel sustainable economic development and provide an attractive environment for all”.

4. European Commission: A smart city is a place where traditional networks and services are made more efficient with the use of digital and telecommunication technologies for the benefit of its inhabitants and business. 

Berdasarkan definisi-definisi yang ada, secara umumnya Bandar Pintar boleh tercapai apabila kita menggunakan maklumat dan teknologi komunikasi ICT untuk meningkatkan kelestarian dalam kualiti kehidupan dalam segala aktiviti dari setiap lapisan masyarakat bermula dari peringkat kerajaan hinggalah ke peringkat individu. 

Menyedari hal ini, Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh pada 23 Mac 2021 dan akan meneruskan pelan ini ke seluruh negeri tersebut menjelang 2030. Beberapa objektif telah distruktur untuk menjadikan Negeri Perak sebagai sebuah bandaraya yang mesra dengan penggunaan teknologi maklumat di mana dapat menyelesaikan masalah perbandaran melalui penggunaan smart solution dan menjadikan rakyat Negeri Perak sebagai warga yang ceria, sihat, pintar serta mempunyai kemahiran berteknologi.

Secara amnya, Dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar ini mensasarkan kepada tujuh fokus iaitu Smart Living, Smart Environment, Smart Governance, Smart People, Smart Digital Infrastrucure, Smart Economy dan Smart Mobility.

Memetik hantaran pendek di Facebook YB Akmal Haji Kamaruddin yang merupakan Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, beliau menyebut bahawa antara inisiatif bagi menjayakan matlamat ini ialah Program Penanaman Pokok, Pemasangan Panel Solar, Penggunaan tenaga LED, melaksanakan kempen kesedaran masyarakat iaitu Hari Tanpa Kenderaan, Hari Tanpa Beg Plastik, Program Kitar Semula dan E-Waste. Penyediaan laluan basikal dalam bandar dan menggalakkan penggunaan perkakasan yang lebih efisien khasnya di premis PBT sejajar dengan Renewable Energy (RE) dan Efficient Energy (EE) juga akan dilaksanakan. 

Selain itu, beberapa inisiatif yang mula mendapat perhatian media adalah perancangan kerajaan negeri mengubah Pulau Pangkor menjadi Pulau Pintar ‘Smart Island’ dengan menggantikan kemudahan pengangkutan awam kepada kenderaan elektrik. Selain daripada itu, penggunaan bas elektrik ‘EV Bus’ yang akan diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hasil usahasama dengan kerajaan Jepun juga turut menjadi perhatian. 

Jabatan Profesional Muda (JPro) melihat usaha Kerajaan Perak melaksanakan gagasan ini khususnya dalam industri pelancongan adalah amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang mampan melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau, gaya hidup rendah karbon dengan memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan juga teknologi hijau.

Semua langkah ini sudah tentunya akan menjadi pemangkin kepada aktiviti pelancongan domestik selain memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri mengambil berat dan mengenalpasti beberapa inisiatif ke arah pemuliharaan alam sekitar selaras dengan projek Sustainable Development Goals (SDGs), Green City dan Smart City.

JPro menyambut baik usaha ini dan bersedia untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran membantu kerajaan negeri kearah mewujudkan ‘Smart Environments of a Smart City’.

IZZUDDIN JAMALUDDIN
Ahli Kluster Kejuruteraan 
Jabatan Profesional Muda (JPro)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Rujukan:

[1] Inisiatif Kerajaan Perak, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=422498559515555&id=100052662427734/

[2] Electric Bus in Taiping, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/electric-bus-taiping-april-next-year-338775

[3] Smart Environments for Smart Cities, https://nexusintegra.io/smart-city-environments/

[4] Chun et. al. (2020). A Review of Technical Standards for Smart Cities. Journal of Clean Technologies, MDPI.  https://doi.org/10.3390/cleantechnol2030019

[5] Smart City Handbook Malaysia. Department for International Trade and the Foreign, June 2021. – HARAKAHDAILY 20/1/2022