Rakyat Kelantan tiga kali seminggu ulang alik ke Sabah

KOTA KINABALU: Biarpun jarak Kota Kinabalu dan Kota Bharu ribuan kilometer, namun tiga kali seminggu rakyat Kelantan berulang alik antara dua destinasi tersebut.

Pesawat Airbus AirAsia berulang alik di laluan tersebut pada hari Sabtu, Selasa dan Khamis setiap minggu yang bermula pada 2013. Dan terus kekal kekal sehingga sekarang. Penerbangan serupa juga bagi laluan Kota Bharu-Kuching.

Advertisement

Penerbangan dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu petang semalam berlepas jam 3.55 petang dan mendarat jam 6.35 petang di Kota Kinabalu. Pesawat tersebut hampir penuh dengan penumpang setiap kali penerbangan.

Turut mengikuti penerbangan tersebut rombongan Assabiqun PAS Tumpat yang diketuai Wan Zakaria Wan Sulaiman yang mengadakan lawatan ke Sabah. Selain itu ahli lembaga dan pegawai kanan Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Rombongan Assabiqun tersebut juga akan melawat program pajak gadai Islam (Ar Rahn) PKB yang terdapat di Sabah.

Pengurus Besar PKB Ramlan Abdul Rahman berkata, terdapat sembilan cawangan Ar Rahn di Sabah.

Di Kota Kinabalu terdapat dua cawangan Ar Rahn yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 19/1/2022