Penggunaan SABA untuk pesakit asma

- Advertisement -

ILMU dalam dunia perubatan sentiasa berlaku perubahan, ianya berdasarkan kepada penemuan terbaharu. Begitulah yang berlaku kepada perubahan kepada rawatan asma. Kaedah yang terbaharu itu berdasarkan hasil kajian terkini yang telah pun dicerap oleh banyak penyelidik.

- Advertisement -

Tambahan fakta yang terkini lebih memudahkan doktor untuk membuat rawatan yang sewajarnya. Antara penemuan yang terkini adalah:

1. Penggunaan alat sedut biru (SABA) lebih daripada 2 kali seminggu anda berkemungkinan berisiko tinggi untuk mendapat serangan asma.
2. Penggunaan lebih daripada 3 Canister (SABA) setahun dianggap sebagai asmanya tidak terkawal dan mempunyai risiko tinggi untuk dapat serangan asma teruk.
3. Penggunaan lebih daripada 12 Canister (SABA) setahun dikaitkan peningkatan risiko mati akibat asma.
4. Penggunaan alat sedut biru sahaja (SABA-only) adalah tidak lagi dicadangkan bagi merawat asma.
5. Pemberian alat sedut Steroid boleh diberikan seawal mungkin dalam proses perawatan asma.

Berbincanglah dengan doktor anda lebih lanjut mengenai rawatan terkini asma anda. Jangan menggunakan apa-apa produk yang mendakwa kononnya boleh merawat asma tetapi tidak pun diluluskan penggunaannya. Bahkan produk sedemikian tidak pun dapat membuktikan secara saintifik keberkesanan penggunaannya.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 19/1/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -