41.6 peratus individu dewasa terima dos penggalak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 127,066 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 9,744,147 atau 41.6 peratus setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,909,192 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 23,188,245 individu atau 99.1 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

- Advertisement -

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,774,961 individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,861,715 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan 129,597 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,043 dos pertama dan 1,488 dos lengkap menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,275,453.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor, Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan dua kematian manakala Terengganu, Sabah dan Kelantan masing-masing satu kematian. – BERNAMA

- Advertisement -