Covid-19: SMKA Naim Lil Banat ditutup mulai hari ini

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil Banat di sini ditutup bermula hari ini selepas 44 orang pelajarnya positif Covid-19.

- Advertisement -

Tinjauan mendapati hanya sebahagian guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dilihat keluar masuk dari pekarangan asrama.

Bahkan sebahagian pelajarnya juga diminta menjalankan kuarantin di asrama masing-masing bagi mengelak jangkitan wabak tersebut daripada terus menular.

Jabatan Kesihatan Negeri turut meminta operasi sekolah tersebut dihentikan sehingga 25 Januari depan, proses pembelajaran dibuat secara atas talian.

Sumber dari JPN berkata, semua pelajar yang tidak menjadi kontak rapat Covid-19 kini menjalani kelas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menurutnya, sebahagian pelajar sedang dikuarantin di asrama, selain dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Mereka ini diminta dikuarantin di asrama sehingga habis tempoh dia, ini kerana bagi mengelakkan berlaku jangkitan kepada orang lain termasuk keluarga.

“Pelajar positif berusia antara 13 hingga 18 tahun kini menjalani kuarantin di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 18/1/2022

- Advertisement -