Assabiqun Perlis cari individu banyak berjasa

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Sidang Assabiqun PAS Perlis akan mengatur program bagi mencari individu yang banyak berjasa dalam sejarah perkembangan PAS terutamanya di negeri itu.

Pengerusi Assabiqun negeri, Che Ani Hassan berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat di peringkat negeri bagi merangka aktiviti yang bersesuaian sepanjang tahun ini.

Katanya, usaha itu menjadi agenda Assabiqun Perlis selepas mengadakan perbincangan dengan Sidang Assabiqun PAS Pusat yang melawat negeri itu pada Sabtu lepas.

- Advertisement -

“Rombongan terbabit diketuai Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohammad bersama delagasi seramai 20 orang,” katanya di sini.

Che Ani juga berkata, pihaknya akan membentuk jawatan kuasa di peringkat kawasan bagi memantapkan lagi gerak kerja.

Menurutnya juga Assabiqun Perlis tambah bersemangat selepas menerima kunjungan Jawatan Kuasa Sidang Assabiqun Pusat.

“Apabila menerima kunjungan seperti ini Sidang Assabiqun di peringkat negeri lebih memahami hala tuju yang boleh digerakkan menerusi organisasi ini,” ujarnya.

Sempena lawatan Assabiqun Pusat ke Perlis mereka mengunjungi Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), menziarahi Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin dan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli. – HARAKAHDAILY 17/1/2022

- Advertisement -