
RIYADH: Bilangan kes jangkitan baharu Covid-19 Arab Saudi menunjukkan peningkatan ketara dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam kenyataan pada sidang media berkata, kes jangkitan baharu Covid-19 di negara itu kekal melebihi paras 5,000 dengan 5,477 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 Jam pada Ahad (16 Jan).
Menurut jurucakap kementerian tersebut, Dr Mohammed Al-Abdali kes kritikal jauh lebih rendah dengan perbezaan ketara daripada sebelumnya dengan 336 kes.
“Negara yang mengalami peningkatan kes kritikal adalah negara yang tidak melengkapkan dos vaksin dan enggan mengikuti kempen vaksinasi,” tegas beliau
Sejumlah 53 juta dos vaksin telah dilaksanakan Arab Saudi sehingga kini, sejak memulakan vaksinasi.
“Dos penggalak hanya diberikan kepada individu yang berumur 16 tahun ke atas, dan ia tidak akan diberikan kepada mereka yang berumur di bawah 16 tahun kecuali selepas pengesahan dan kelulusan daripada jawatankuasa dan pakar kerajaan,” ujar Al-Abdali.
Terdahulu pada 21 Dis 2021, negara itu mengumumkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. – Saudi Gazette