Mangsa kebakaran dapat perhatian timbalan menteri

- Advertisement -

Oleh NURSAM MOHAMMAD

PUTATAN:
Nasib 11 keluarga di Kampung Suok, Batu Jalan Cybercity yang hilang rumah dalam kebakaran 13 Januari lalu, mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau telah menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan asas, kelengkapan bayi dan wang tunai kepada mangsa yang turun singgah dalam lawatan kerja ke Sabah, kelmarin.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu sempat menitipkan ucapan kepada mangsa kebakaran supaya bersabar atas ujian musibah yang menimpa.

“Dalam suasana yang sangat mencabar, kita merasai bagaimana perasaan yang dihadapi oleh mereka, bayangkan sekiranya kita juga kehilangan rumah seperti mereka,” ujarnya.

Beliau menggalakkan agar masyarakat turut bersama-sama memberi sokongan dan dorongan kepada mangsa kebakaran yang ditimpa musibah itu.

“Marilah kita saling membantu sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang sentiasa mengamalkan sifat kasih sayang dan keprihatinan sesame kita,” tambahnya lagi.

Ziarah itu turut diiringi oleh Yang Dipertua dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman dan Zulzaim Hilmee Abidin.

Seramai 43 orang mangsa kebakaran ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bencana kebakaran di Dewan Kibouvang, Kepayan. – HARAKAHDAILY 16/1/2022

- Advertisement -