Australia catat cuaca terpanas dalam tempoh 62 tahun

Australia mencatat rekod cuaca terpanas mencecah 50.7 darjah Celcius pada Khamis. (FOTO AFP))
- Advertisement -

SYDNEY: Sebuah bandar terpencil di Australia Barat telah merekodkan cuaca terpanas di negara itu dalam tempoh 62 tahun, dengan suhu mencecah 50.7 darjah Celcius.

Biro Meteorologi Australia dalam kenyataannya berkata, pekan di pantai Onslow dilanda panas terik ekstrem mencecah paras tertinggi pada petang Khamis lalu (13 Jan).

- Advertisement -

“Onslow mencapai suhu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mencecah 50.7C menyamai hari terpanas Australia yang direkodkan 62 tahun lalu di Oodnadatta, Australia Selatan,” ujar kenyataan tersebut melalui Twitter.

Menurut lawan web biro itu pula, kali terakhir merekodkan suhu 50.7 darjah Celsius pada 2 Jan 1960 di Lapangan Terbang Oodnadatta Australia Selatan.

Sementara, Pengarah Penyelidikan Majlis Iklim Australia, Dr Martin Rice berkata, rekod itu adalah sebahagian daripada trend pemanasan jangka panjang yang didorong oleh pembakaran arang batu, minyak dan gas. 

Menurut beliau, suhu yang melampau sudah mempunyai akibat malapetaka yang boleh membawa maut di Australia.

“Gelombang haba adalah pembunuh senyap di Australia, yang mana ia menyebabkan lebih banyak kematian berbanding peristiwa cuaca ekstrem lain,”  katanya.

Tambah Rice, tanpa pengurangan pelepasan gas rumah hijau, rekod suhu sedemikian boleh menjadi perkara biasa di Australia.

“Di Sydney dan Melbourne,  suhu hari musim panas dijangka mencecah 50 darjah Celcous menjelang 2030,” katanya. – Agensi

- Advertisement -