Warga asing guna lesen penduduk tempatan

- Advertisement -

PARIT: Penternak ikan dalam sangkar di Kampung Ekor Lambat mendedahkan ada warga asing menggunakan lesen penduduk tempatan sehingga timbul pencemaran bau dan gangguan lalat.

Mereka dikatakan menggunakan sisa sembelihan termasuk perut ayam sebagai makanan ikan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata, kerajaan akan menyiasat dakwaan tersebut termasuk mendapat maklumat melalui agensi berkaitan.

“Isu tersebut antara permasalahan setempat yang dibangkitkan berkenaan projek ternakan ikan dalam sangkar,” katanya ketika melawat sangkar ternakan ikan Jamil Agrofarm baru-baru ini.

Turut hadir Adun Belanja Khairuddin Abu Hanifah, Ketua Perikanan Daerah Perak Tengah Afizah Halim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Parit Zairina Noordin dan Pengarah AKMA Resources Sdn bhd Nor Shuhaima Bahauddin.

Pada lawatan itu juga mentor Jamil Agrofarm Jamil Ahmad memberitahu pihaknya bercadang memperluaskan usaha ternak ikan dalam sangkar dengan kerjasama pelabur.

Menurutnya melalui usaha itu diharap dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran, di samping membantu kerajaan mencapai sasaran ‘self sufficient level’ dalam industri makanan.

Razman berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan tersebut, namun perlu memperincikan aspek teknikal supaya selari dari sudut perundangan. – HARAKAHDAILY 12/1/2022

- Advertisement -