Brazil: 10 maut dalam tempoh 2 hari akibat hujan lebat

Hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dalam dua hari di Minas Gerais, Brazil. (FOTO AFP)
- Advertisement -

RAPOSOS: Hujan lebat di negeri Minas Gerais di Brazil telah meragut 10 nyawa dalam tempoh dua hari, menurut laporan rasmi pada Selasa (11 Jan), yang turut memberi amaran tentang hujan lebat yang lebih kerap bakal melanda wilayah itu.

Koordinator Pertahanan Awam Negeri berkata, kesemua mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, meninggal dunia pada Ahad (9 Jan) dan Isnin (10 Jan) akibat hujan, banjir, dan tanah runtuh.

- Advertisement -

Sejak hujan lebat melanda bermula pada awal Oktober 2021, 19 orang maut di negeri tenggara Brazil itu, dengan 10 lagi terbunuh pada Sabtu (8 Jan) lalu apabila serpihan batu besar terjatuh dari gaung dan terjunam ke atas empat bot pelancong di Tasik Furnas.

Pengiraan semasa menyebut 17,237 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka atau mencari perlindungan daripada ribut yang melanda.

“Januari adalah bulan yang sangat sangat sukar untuk Minas Gerais kerana kuantiti, dan lebih-lebih lagi kekerapan hujan yang turun dalam masa yang singkat,” kata naib gabenor negeri itu, Paulo Brant melalui video yang diterbitkan di Instagram.

Kerja pembersihan kesan banjir sedang giat dilaksanakan di Minas Gerais, Brazil pada 11 Jan 2022.

Menurut beliau, hujan atau alam semula jadi tidak seharusnya dipersalahkan susulan semua malapetaka tersebut.

“Sebahagian besar kesannya adalah disebabkan kesilapan masa lalu seperti perancangan pembangunan bandar yang tidak teratur, selain  pemendapan dan pencemaran sungai,” ujarnya. 

Pada Sabtu (8 Jan) lalu, sebuah empangan perlombongan melimpah menyebabkan gangguan  lalu lintas di lebuh raya utama di negeri itu selama dua hari.

Sehubungan itu pihak berkuasa tempatan mengumumkan pada Selasa (11 Jan), Perancis Vallourec Group dikenakan didenda sebanyak AS$60 juta atas kesalahan menyebabkan ‘kerosakan alam sekitar’.

Daripada 853 majlis perbandaran di Minas Gerais, 145 telah diwartakan sebagai berada dalam keadaan kecemasan akibat cuaca ekstrem.

Susulan cuaca ekstrem, sejumlah 145 daripada 853 majlis perbandaran di Minas Gerais telah diwartakan sebagai berada dalam keadaan keadaan kecemasan.

Pasukan Pertahanan Awam memberi amaran bahawa keadaan pada hari Selasa (11 Jan) di Minas Gerais akan termasuk ‘hujan sederhana hingga lebat yang mungkin disertai dengan kejutan elektrik’.

Pakar cuaca tempatan pula mengaitkan malapetaka tersebut ada kaitan dengan Zon Konvergensi Atlantik Selatan (SACZ), fenomena musim panas biasa yang setiap tahun menyebabkan hujan lebat di kawasan itu; selain La Niña iaitu corak iklim di Lautan Pasifik yang boleh menjejaskan cuaca di seluruh dunia; dan krisis iklim.

Selama dua bulan kebelakangan ini, Brazil telah mengalami kerosakan yang besar akibat banjir, yang telah membunuh berpuluh-puluh nyawa dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal, terutama di kawasan negeri timur laut Bahia. – AFP

- Advertisement -