Empat tanda hidup tak berkat

BANYAK sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNya Na’uzubillah.

Advertisement

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak tapi cepat saja habis.

Tak tahu duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup saja. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap-siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tak terurus.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, Tik tok, Tweeter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah Ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing… Insya-Allah, mulai saat ini kita akan berusaha sebaik-baiknya untuk Allah dan RasulNya. – HARAKAHDAILY 12/1/2022