10 rumah terjejas banjir dipilih Program Pembaikan Rumah

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

RANTAU PANJANG:
Sebanyak 10 rumah yang terjejas banjir di Kelantan dipilih di bawah projek Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ketua Pengarah ICU JPM, Dato’ Ruji Ubi berkata, 10 rumah terbabit melibatkan Kampung Bukit Tandak, Kampung Tok Deh, Kampung Putat Tujuh serta beberapa lagi yang terlibat.

Katanya, rumah dipilih menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diberi mengikut ketegori kelayakan penerima.

- Advertisement -

Kata beliau program berkenaan membabitkan kerosakan bawah RM5,000 yang akan dibayar secara tunai, manakala kerosakan RM5,000 sehingga RM15,000 akan dilantik kontraktor untuk pembaikan segera atau bina baru.

“KPKT akan melaksanakan rumah kategori bandar di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KPLB bertanggungjawab bagi rumah kategori luar bandar,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Wang Ehsan (BWI) kepada mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, dekat sini hari ini.

Beliau juga berkata, Pahang dan Selangor antara negeri tertinggi menerima Bantuan Wang Ihsan, manakala di Kelantan melibatkan 6,000 Ketua Isi Rumah (KIR).

Sebelum ini kerajaan mengumumkan mperuntukan RM100 juta bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir melalui Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia. – HARAKAHDAILY 11/1/2022

- Advertisement -