PAS Lahad Datu bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

Oleh JULIANA HAMID

KUNAK:
PAS Lahad Datu, semalam telah menyampaikan sumbangan barangan dapur dan elektrik kepada lima keluarga mangsa kebakaran di Kunak.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Nizam Latua, sumbangan itu merupakan susulan selepas serahan pertama yang telah dilakukan pada 26 Disember lepas.

- Advertisement -

“Kami amat bersimpati dengan musibah yang berlaku dan telah membuka derma kilat sejurus selepas dimaklumkan tentang kebakaran bagi meringankan beban dan sebagai tanda keprihatinan kami dengan keadaan mangsa,” ujarnya.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Yang Dipertua dan Bendahari PAS kawasan, Ramli Pataruddin dan Rusnaini Junaede.

Terdahulu, lima keluarga telah hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jaya Baru, pada 25 Disember lalu.

Menurut salah seorang mangsa, api merebak dengan sangat pantas dan kejadian tersebut hanya disedari selepas terdengar bunyi orang membaling objek keras ke arah rumahnya, kemudian mereka bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

PAS Lahad Datu masih membuka peluang mana-mana individu yang ingin menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 110117016600 atas nama Bendahari PAS LD, Rusnaini Junaede dengan rujukan ‘Derma Kilat’. – HARAKAHDAILY 10/1/2022

- Advertisement -