Kes Covid-19 Amerika Syarikat melebihi 60 juta

- Advertisement -

NEW YORK: Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melebihi 60 juta pada Ahad, menurut data yang dikumpulkan Universiti Johns Hopkins, lapor Xinhua.

- Advertisement -

Menurut data itu, angka kes Covid-19 AS meningkat kepada 60,062,077, dengan jumlah 837,504 kematian, setakat 4.21 petang waktu tempatan (2121 GMT).

AS kekal sebagai negara paling teruk dilanda pandemik itu, mencatat kira-kira 20 peratus daripada jumlah kes jangkitan global dan lebih 15 peratus daripada kematian global.

Kes Covid-19 AS mencecah 10 juta pada 9 Nov 2020, melepasi 20 juta pada 1 Jan 2021, melebihi 30 juta pada 24 Mac, melangkaui 40 juta pada 6 Sept dan berjumlah 50 juta pada 13 Dis. – BERNAMA

- Advertisement -