Kelantan rancang program mega kempen Kelantanku Bersih

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Kelantan mula merancang program mega kempen Kelantanku Bersih selepas dua tahun tertangguh kerana penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, aktiviti yang melibatkan kerjasama rakyat itu yang menjadi tulang belakang terhadap kejayaan hasrat itu.

Menurutnya, ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilantik bagi tahun 2022 mesti ‘turun ke bawah’ untuk mengenalpasti masalah rakyat dan kerajaan akan menyelesaikannya.

- Advertisement -

“Nak cuba bawa hari ini ialah satu perubahan dimana rakyat dan kerajaan berpiasah tiada, gabungan ini satu kemestian, malah ia tidak akan berjaya, tugas ini digalas oleh kerajaan sahaja.

“Kita boleh beri pertolongan dari sudut mewujudkan peluang pekerjaan, bersama mencegah gejala sosial dan sebagai sebagai fokus mengubah imej untuk membina Kelantan bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah ahli majlis MPKB-BRI di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana di sini, hari ini.

Seramai 24 orang iaitu 19 muka lama dan lima muka baru menerima watikah pelantikan itu yang disampaikan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Justeru Izani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang berkata, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kawasan peranginan sepanjang pesisir pantai, air terjun dan bandar.

Langkah itu, katanya bertujuan agar rakyat dapat melihat komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang bersih sesuai dengan saranan agama Islam.

Bahkan kata beliau lagi, kerajaan negeri juga akan turut menyalurkan peruntukkan kepada PBT yang tidak bekemampuan bagi membantu pengurusan menjayakan hasrat tersebut.

“Kita akan buat satu geran gotong royong melibatkan empat PBT yang ada pantai seperti Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh hampir sempadan Terengganu kita akan buat program besar.

“Kemudian kawasan bukit ada air terjun dan kawasan bandar dimana kita akan wujudkan zon Kelantan Bersih Indah Ceria dengan Syiar Islam sesuai negeri Membangun Bersama Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/1/2022

- Advertisement -