Bantu golongan asnaf bukan kewangan semata-mata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Golongan asnaf perlu dikeluarkan daripada lingkungan kemiskinan dan bukan hanya dibantu daripada aspek kewangan semata-mata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, golongan asnaf juga perlu dibantu daripada aspek pendidikan dan pembangunan.

- Advertisement -

Katanya, hal ini kerana pendidikan dan ilmu pengetahuan berpotensi mengubah kehidupan mereka.

“(Mereka) bukan sahaja (perlu) dibantu daripada sudut kewangan, tapi perlu dibantu juga daripada sudut pendidikan dan pembangunan.

“Kerana dengan ilmu, mereka ini mampu ubah kehidupan mereka,” katanya semasa menghadiri Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2021 Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan berjaya mengutip keseluruhan zakat harta dan zakat fitrah sebanyak RM828,670,791.16 bagi tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MAIWP dan PPZ Wilayah Persekutuan atas kejayaan itu.

“Terima kasih kepada para muzakki yang telah menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP. Insya-Allah setiap sen wang zakat yang ditunaikan akan disalurkan kepada asnaf yang layak dengan telus dan amanah oleh MAIWP,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/1/2022

- Advertisement -