Doa yang mustajab

- Advertisement -

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุงู„ุฏูŽู‘ุฑู’ุฏูŽุงุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ: ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูุณู’ู„ูู…ู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ุจูุธูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ุฅูู„ูŽู‘ุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽูƒู ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุจูู…ูุซู’ู„ู

โ€œDaripada Abu al-Dardaโ€™, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: โ€œTidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: โ€˜Dan bagimu kebaikan yang sama.โ€™โ€โ€

(Riwayat Muslim (4912))

- Advertisement -

Inilah hikmah berdoa yang Allah jadikan kepada kita orang Islam. Walaupun kita tidak dapat menolong secara terus tetapi kita mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain, kita juga akan didoakan oleh malaikat kebaikan yang sama.

Kalau kita lihat peniaga-peniaga tiada pelanggan sebab hari hujan, doakan rezeki kepada mereka. Kalau kita sedang memandu dan kereta orang lain rosak, doakan urusan dia dipermudahkan. Semoga kita juga dapat kebaikan yang sama.

Usahlah kita malas berdoa. Saidina Umar pernah berkata: โ€œAku tidak rasa bimbang akan penolakan Allah terhadap doa insan, namun yang aku bimbang insan itu tidak diberikan ilham untuk berdoa. Insan itu apabila Allah ilhamkan untuk meminta sesuatu, maka Allah sebenarnya telah menyertakan bersama permintaan itu kemustajaban.โ€

Maka bergembiralah orang yang memperbanyakkan doa kerana pada doa itu kemustajaban dan kebaikan kepada kita juga. Mari sama-sama amalkan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 6/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/478791667141212/

- Advertisement -