Korea Utara tembak peluru berpandu ke laut

Gambar fail pelancaran peluru berpandu Korea Utara pada 30 Sep 2021. (FOTO STR/KCNA melalui KNS/AFP) KNS/AFP)
- Advertisement -

SEOUL: Korea Utara melepaskan apa yang kelihatan seperti peluru berpandu balistik ke laut pada hari Rabu (5 Jan), kata Korea Selatan dan Jepun, dalam pelancaran pertama seumpama itu oleh Pyongyang pada tahun ini.

Dalam dekad sejak Kim Jong Un mengambil alih kuasa pemerintaan sebagai Presiden, Korea Utara telah mengalami kemajuan pesat dalam teknologi ketenteraannya.

- Advertisement -

Pihak Tentera Korea Selatan berkata, Korea Utara telah menembak apa yang ‘dianggap sebagai peluru berpandu balistik’ ke arah laut timur semenanjung Korea pada kira-kira jam 8.10 pagi waktu tempatan.

“Anggota perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat sedang menganalisis dengan teliti untuk mendapatkan butiran lanjut,” ujar kata Ketua Staf Bersama di Seoul dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyifatkan ia sebagai ‘kemungkinan pelancaran peluru berpandu balistik’.

“Ia adalah sesuatu yang amat dikesali bahawa Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu secara berterusan sejak tahun lalu,” katanya.

Menurut Kishida lagi, kerajaan Jepun sedang menganalisis butiran, termasuk berapa banyak peluru berpandu yang mungkin telah dilancarkan.

Pengawal pantai Jepun sebelum ini berkata, pihaknya telah menyaksikan  apa yang kelihatan seperti peluru berpandu balistik yang ditembak dari Korea Utara, dan memberi amaran kepada kapal di kawasan itu supaya tidak mendekati sebarang objek yang mencurigakan itu.

Pelancaran itu susulan ucapan Kim pada minggu lalu, yang mana beliau berkata Korea Utara akan terus meningkatkan keupayaan ketenteraannya.
Pada 2021, Korea Utara mengumumkan negara itu berjaya menguji beberapa jenis peluru berpandu balistik baharu termasuk  ang boleh dilancarkan dari kapal selam, peluru berpandu jelajah jarak jauh, senjata yang mampu dilancarkan dari kereta api, dan apa yang disifatkannya sebagai kepala peledak hipersonik. – AFP

- Advertisement -