Pimpinan PAS sentiasa ‘humble’ santuni rakyat

- Advertisement -

DUA Menteri yang saya kenal ini, walaupun tidak berjawatan, tetap buat kerja. Mungkin ‘klise’ kalau saya kata semua pimpinan PAS itu memang begitu.

Alhamdulillah pagi tadi bergegas mengiringi YB Timbalan Menteri, Dato’ Siti Zailah bersama team JKM, menyantuni mangsa banjir yang melanda Segamat. Lebih mesra dengan panggilan Kak Lah, beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana kerja kuat dan sentiasa cakna dengan isu duka bencana. 

- Advertisement -

Memang tepat duduk beliau sebagai Pengerusi Khidmat Malaysia selain portfolio Kementerian. Kami sempat menyantuni 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum Kak Lah masuk mesyuarat MKN pada tengah hari.

Pagi tadi sahabat saya, Ustaz Azlan Alias selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor melawat Bilik Gerakan (BG) Khidmat Malaysia Johor di Simpang Renggam. Kami menempatkan seorang petugas tetap di BG tanda komitmen Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) selama operasi bencana dikendalikan oleh Khidmat Malaysia (KM) selain Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor yang sememangnya bertindak sebagai support team buat KM. 

Keputusan ini setelah menerima laporan langsung dari Naib Ketua Pemuda PAS Johor; Saudara Firdaus Jaffar merangkap Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat yang telah lebih awal ke BG pada hari Ahad.

Bertuah rasa pagi semalam ditemani Pengarah JAMNJ; Tuan Iqbal Ghani dan Tuan Sanusi selaku Setiausaha Khidmat Malaysia Johor.

Sementara menunggu ketibaan YB Menteri JPM Hal Ehwal Agama, kami kemaskini langkah kerja bantuan bencana Khidmat Malaysia, penyelarasan agar lebih lancar bersama NGO-NGO yang terlibat. Saya turut memaklumkan kesediaan Pemuda menempatkan petugas dalam misi kali ini.

Selepas solat Zohor berjemaah bersama YB Menteri Ustaz Idris Ahmad, kami berkongsi taklimat ringkas, dan terus memulakan ziarah PPS sambil membawa bantuan dari agensi yang terlibat. 

Terukir riak lega pada wajah penghuni PPS apabila disantun elok oleh YB Menteri. Itulah kelebihan ‘Ustaz Derih’. Sangat mesra, kerana itu memang dirinya.

‘Saya ini Menteri Kampung jaa Kak… jadi apa pun, saya tetap orang kampung…’

‘Lama tak jumpa ang Dik (Ust Sidik)… Mai la makan sekali…’

Sambil menyantuni mangsa banjir, sempat beliau titipkan al-Fatihah buat keluarga mereka, selain doa kesejahteraan semua.

Inilah teladan pimpinan buat kita abnaul harakah sekalian. Ringankan tulang membantu, tawaduk dan ikhlas, bukan untuk diri sendiri jauh sekali posisi. Cukup nilaian perjuangan ini adalah kerja ibadah kepada Allah S.W.T.

Tahniah dan terima kasih Ustaz Abdullah Husin selaku Pesuruhjaya PAS Johor, Saudara Khairul Faizi selaku Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, dan semua yang terlibat.

USTAZ AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Johor
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Johor – HARAKAHDAILY 4/1/2022

Sumber Asal: 

https://www.facebook.com/372724173284411/posts/1014076665815822/

https://www.facebook.com/372724173284411/posts/1014082689148553/

- Advertisement -