Tesla eksport sejuta kereta di seluruh dunia

- Advertisement -

WASHINGTON: Tesla berkata pada Ahad (2 Jan), ia mengeksport hampir satu juta kenderaan pada tahun 2021 di seluruh dunia, hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang disifatkan sebagai lebih baik daripada jangkaan selepas berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu, khususnya akibat pandemik Covid-19.

Syarikat pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan berkata, lebih daripada 936,000 kereta semua model keluaran Tesla berjaya dieksport ke seluruh dunia pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 87 peratus berbanding tahun sebelumnya.

- Advertisement -

Pada Januari 2021, Tesla telah mengumumkan pada Januari 2021 bahawa ia menyasarkan untuk meningkatkan penghantaran kereta keluarannya itu ke seluruh dunia sebanyak 50 peratus setahun dalam tempoh beberapa tahun, maka pengumuman pada Ahad itu menunjukkan ia jauh melebihi matlamat itu.

Tesla yang baru-baru ini memindahkan ibu pejabatnya dari Palo Alto, California ke Austin, Texas, berjaya menjual sebanyak 911,208 kenderaan Model 3 dan Model Y serta 24,964 kenderaan model S dan X mewahnya (pada harga masing-masing AS$90,000 dan AS$100,000).

Sepanjang tempoh suku keempat 2021 sahaja, Tesla berjaya mengeksport 308,600 kereta. Pada Oktober 2021,Tesla menerima tempahan untuk 100,000 kenderaan elektrik daripada syarikat sewa Hertz, yang dijangka akan disiapkan menjelang 2022. – AFP

- Advertisement -