Laman web Israel digodam, dua tahun selepas kematian Soleimani

Qasem Soleimani terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2020. (Foto Tehran Times)
- Advertisement -

DUBAI: Sebuah laman web akhbar terkemuka Israel telah digodam pada Isnin (3 Jan), bersempena hari ulang tahun kedua kematian seorang jeneral Iran terkenal, Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada tahun 2020.

Penggodam misteri tersebut telah menggantikan kandungan dalam Jurusalem Post dengan sebuah imej, sekali gus menggugat privasi laman web yang dikaitkan dengan program senjata nuklear Israel yang tidak diisytiharkan itu.

- Advertisement -

Walaupun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini, imej yang disiarkan di laman web berkenaan termasuklah peluru berpandu yang dikaitkan dengan Soleimani.

Dalam tweetnya, Jerusalem Post mengakui menjadi sasaran penggodam.

“Kami sedar tentang penggodaman yang jelas terhadap laman web kami, di samping ancaman langsung kepada Israel.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini dan terima kasih kepada pembaca atas kesabaran dan pemahaman anda,” ujar tweet tersebut.

Tiada maklum balas segera daripada kerajaan Israel yang selama ini tidak mengesah atau menafikan ia mempunyai senjata atom. 

Penggodaman itu berlaku selepas seorang bekas ketua perisikan tentera Israel, Tamir Heyman pada 20 Dis 2021 secara terbuka mengakui Israel terlibat dalam pembunuhan Soleimani. 

Sebagai Ketua Pasukan Pengawal Revolusi Quds, Soleimani telah mengetuai semua pasukan ekspedisinya dan sering berulang-alik antara Iraq, Lubnan dan Syria.

Anggota pasukan Quds telah dikerahkan ke medan perang Syria untuk menyokong Presiden Bashar Assad, serta ke Iraq berikutan pencerobohan AS pada 2003 yang menggulingkan Saddam Hussein, musuh lama Tehran.

Soleimani menjadi terkenal dengan penglibatannya sebagai penasihat pasukan yang memerangi kumpulan negara-negara Islam di Iraq dan di Syria bagi pihak Assad.

Pihak tentera AS mendakwa, pasukan di bawah Soleimani telah mengajar militan Iraq bagaimana untuk mengeluar dan menggunakan bom di tepi jalan terutamanya dalam melakukan tindakan terhadap tentera AS di Iraq. 

Kerajaan Iran telah menafikan dakwaan tersebut, namun Soleimani kekal popular dalam  kalangan ramai rakyat Iran, yang melihatnya sebagai wira yang berjaya memerangi musuh Iran di luar negara. – AP

- Advertisement -