Amaran hujan berterusan hingga esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jam 1.10 tengah hari tadi, bagi seksyen A, amaran hujan berterusan (buruk) dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin) dan Johor (Mersing) sehingga esok.

- Advertisement -

Bagi seksyen B, amaran hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di negeri Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran, Kuantan, Bera dan Pekan), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga esok.

Menurut kenyataan itu, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

“Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam,” ujar kenyataan itu.

Tambahnya, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – HARAKAHDAILY 3/1/2022

- Advertisement -