100 pek barangan habis dijual tempoh 15 minit

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

PADANG BESAR:
Prihatin dengan nasib rakyat yang tertekan ekoran kenaikan harga barangan keperluan harian, Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Dewan Pemuda PAS Perlis mengambil inisiatif mengadakan Jualan Prihatin Keluarga Malaysia.

Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda PAS Perlis, Abd Hadi Halipah berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan penduduk tempatan.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, dalam masa 15 minit sahaja, sebanyak 100 pek barangan jualan habis dijual.

“Jualan dibuat secara pek yang mengandungi dua paket minyak masak, dua paket gula dan sepaket tepung gandum dengn harga RM10 sahaja,” katanya di sini, semalam.

Jualan Prihatin Keluarga Malaysia itu diadakan di tapak Nat Balai Baru, semalam. Program berkenaan turut mendapat kerjasama Dewan Pemuda PAS Padang Besar.

Menurut Abd Hadi, pihaknya merancang untuk mengadakan lagi program jualan berkenaan akan datang memandangkan sambutan yang menggalakkan.

Kata beliau agenda membantu rakyat sentiasa menjadi keutamaan Pemuda PAS Perlis.

“Insya-Allah program Jualan Prihatin Keluarga Malaysia akan diteruskan lagi di kawasan-kawasan lain selepas ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/1/2022