Tahun baharu 2022: Tahun penyatuan ummah

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, puji dan syukur milik Allah S.W.T, selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para Sahabat, Tabiin, Atba’ Tabiin dan mereka yang mengikuti jejak langkah Salafus Soleh.

- Advertisement -

Tahun 2021 telah berakhir. Segala peristiwa suka dan duka, gembira dan sedih telah dilalui. Ianya menjadi ingatan dan iktibar yang akan menjadi punca kekuatan kepada kita, in syaa Allah.

Tahun 2022 ini dimasuki dengan seribu satu cabaran yang mendebarkan. Namun kita mengharapkan ianya lebih baik daripada tahun 2021.

PAS Johor sentiasa optimis bahawa Malaysia akan terus sejahtera dan terus maju ke hadapan. Usaha ke arah memperkukuh persefahaman di kalangan masyarakat semua lapisan akan diteruskan. Walaupun ianya semakin mencabar, namun itulah amanah Allah yang diberikan kepada para pendokong agama-Nya.

Sebagai sebahagian daripada institusi dakwah, PAS Johor terus beriltizam dalam usaha menyatukan Ummah dan bersifat sebagai pendamai selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak demi survival dan masa hadapan umat Islam dan Keluarga Malaysia keseluruhannya.

Justeru itu, PAS Johor mengalu-alukan semua pihak untuk terus berlapang dada dan bersifat terbuka kepada usaha-usaha penyatuan ummah ini.

Kepada ahli PAS, teruslah beristiqamah dan teguhkan jati diri sebagai Muslim. Semoga segala usaha kita diberikan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah S.W.T.

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 1/1/2022

- Advertisement -