AS bantu Ukraine perkukuhkan keselamatan sempadan dengan Rusia, Belarus

- Advertisement -

KYIV: Amerika Syarikat (AS) akan membiayai projek, termasuk peralatan pengawasan dan pemantauan untuk memperkukuhkan keselamatan sempadan Ukraine dengan Rusia dan Belarus berikutan ketegangan berterusan dengan Moscow.

- Advertisement -

Kyiv mendakwa Moscow menempatkan puluhan ribu tentera berdekatan sempadan negara itu sebagai persediaan menyerang Ukraine.

Bagaimanapun, Rusia menafikan dakwaan itu dan sebaliknya mendakwa Ukraine dan AS mahu mewujudkan ketidakstabilan di rantau itu, selain meminta jaminan keselamatan terhadap perluasan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke arah timur hingga sempadan Rusia.

Mengikut kenyataan Perkhidmatan Sempadan Ukraine, projek bernilai AS$20 juta itu membabitkan pembelian sistem rakaman video serta peralatan perlindungan diri untuk pengawal sempadan.

Ukraine yang memohon menyertai NATO sejak 2018, menerima bantuan peluru senjata api dan pelancar peluru berpandu mudah alih Javelin hingga mengundang kritikan Moscow. – REUTERS

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!