DHPP sumbang tilam kepada mangsa banjir

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) tidak melepaskan peluang untuk membantu mangsa banjir di sekitar Wilayah Persekutuan.

Advertisement

Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Kong Tuck Wah, berkata mereka menghantarkan sumbangan melalui Khidmat Malaysia Wilayah Persekutuan.

Selain itu katanya, DHPP Wilayah Persekutuan juga berkesempatan mengedarkan tilam, cecair pencuci, dan tikar secara terus kepada mangsa banjir di Jalan Kolam Air, di sini.

Edaran sumbangan itu turut disertai ahli DHPP lain, Darren, Kenny Ye dan Lavin. – HARAKAHDAILY 27/12/2021