740 sukarelawan Khidmat Malaysia Bentong terlibat operasi pasca banjir

KUALA LUMPUR: Operasi pembersihan pasca banjir Khidmat Malaysia Bentong berjaya membersihkan sekurang-kurangnya 73 buah premis kediaman, sebuah sekolah, surau, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) dan tanah perkuburan Islam di sekitar Bentong, sehingga Sabtu.

Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia Bentong, Shamsuddin Abdullah, kerja-kerja pembersihan itu dapat dijalankan dengan kekuatan tenaga 740 orang sukarelawan di bawah penyelarasan Khidmat Malaysia.

Advertisement

Selain itu, Dapur Rakyat Khidmat Malaysia Bentong juga berjaya menyediakan dan mengagihkan 3,000 pek makanan setiap hari sejak Pusat Operasi Khidmat Malaysia dibuka pada Ahad. – HARAKAHDAILY 26/12/2021