Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Zaki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Khidmat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Ahmad Zaki Mahbar.

Pengerusi Khidmat Malaysia, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Komanden Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing itu meninggal dunia petang ini di Hospital Banting, Selangor.

Katanya, arwah telah tiba di Selangor semalam dalam usaha membantu operasi bencana banjir yang diselaraskan di bawah Khidmat Malaysia. 

- Advertisement -

“Difahamkan, arwah telah mengadu kurang sihat sejak semalam ketika tiba di lokasi yang diarahkan untuk bertugas,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, arwah adalah seorang komited dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di bawah JAM khususnya di Mersing dan Johor.

“Khidmat Malaysia mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman dan berjuang di jalan Allah. Salam takziah untuk keluarga arwah,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Ahmad Zaki.

Menurutnya, allahyarham dikejarkan ke Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri pada hari ini.

“Allahyarham bersama team Jabatan Amal Mersing datang dari Johor untuk membantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar. Semoga Allah rahmati dan ampuni allahyarham,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/12/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -