PAS rakam takziah kepada keluarga Almarhum Ahmad Zaki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Tuan Ahmad Zaki Mahbar yang pulang ke rahmatullah semasa bertugas dalam Misi Banjir di Bukit Changgang Sepang, hari ini.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, semasa hayat, Almarhum adalah aktivis yang komited dengan Jabatan Amal (JAM) dan telah dilantik sebagai Ketua Kor Marin JAM Pusat merangkap Komandan JAM Kawasan Mersing.

- Advertisement -

Katanya, pemergian Almarhum merupakan satu kematian yang dicemburui kerana pergi ketika sedang berkhidmat dan ia merupakan kehilangan yang besar bagi PAS khususnya Jabatan Amal Malaysia peringkat Pusat dan Negeri Johor.

“Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Almarhum dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 24/12/2021

- Advertisement -