Khidmat Jabatan Amal dihargai penduduk tempatan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Seramai 50 anak muda melalui Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kelantan digerak melalui dua kumpulan bagi menjayakan misi bantuan banjir di Selangor dan Pahang.

Naib Ketua Pemuda PAS negeri Mohd Firdaus Mohd Nawi berkata, kumpulan pertama bertolak pada Selasa lepas dan kedua semalam.

- Advertisement -

“Alhamdulillah kerja-kerja membersih kediaman penduduk kampung yang terlibat dengan banjir di Pahang berjalan lancar.

“Kita bersyukur kerana khidmat kita disambut baik dan dihargai penduduk tempatan,” katanya di sini.

Misi bantuan itu diselaras di bawah Khidmat Malaysia Kelantan yang diketuai
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Mohamad Kamal Mohamed.

Mohd Firdaus juga berkata, JAM menyambut baik susunan operasi yang diselaraskan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia).

Menurutnya JAM Kelantan bertindak membantu operasi kerja-kerja pembersihan dan bantuan pasca banjir.

Kata beliau juga sukarelawan JAM dikumpulkan daripada JAM kawasan-kawasan di Kelantan yang tidak terlibat dengan banjir baru-baru ini. – HARALAHDAILY 24/12/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!