PAS Sandakan komited pemudahcara rakyat

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
PAS Sandakan akan sentiasa komited menjadi mata dan telinga rakyat serta pemudahcara agar suara rakyat dapat disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Setiausahanya, Mustaman Mustain berkata, pihaknya percaya sekiranya PAS konsisten menjadi orang tengah kepada rakyat, masyarakat akan terus menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang.

- Advertisement -

Terdahulu, Mustaman telah meninjau ke lokasi di mana orang awam telah mengadu berkenaan penutup parit yang hilang di jalan masuk ke Taman Lucky, Batu 5 yang membahayakan kepada semua pengguna.

“Hasil tinjauan mendapati ada pihak yang telah meletakkan penghadang jalan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, namun ia masih berbahaya kepada semua pengguna,” katanya.

Mustaman yang juga Pemaju Mukim N55 Elopura, telah membuat aduan kepada pihak kontraktor untuk tindakan segera susulan masalah berkenaan agar rakyat dapat menggunakan jalan itu dengan selamat.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk prihatin yang telah membangkitkan isu ini untuk perhatian pihak berwajib sehingga sampai ke pengetahuan kami,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/12/2021

- Advertisement -