Muslimat ziarah waris keluarga kemalangan maut

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah Norul Naziah Buyong, 37, ketika ziarah di kediaman arwah, di sini semalam.

Allahyarhamah yang merupakan ahli PAS Cawangan Padang Jawa, Klang meninggal dunia bersama lapan anaknya dalam tragedi kemalangan sebuah lori pasir melanggar hancur kenderaan mereka di Lebuhraya Elite, baru-baru ini.

- Advertisement -

Terkorban bersama arwah adalah bayinya, Muhammad Raid Fathi, 10 bulan; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; Muhammad Hidayat Hakimie, 7; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Puteri Hidayah, 12; Razatul Aliah, 16 dan Muhamad Razarul Amin, 17.

Serahan dan kunjungan bertemu suami Allahyarhamah yang terselamat semasa tragedi itu, Abd Razak Majit, 50 dan seorang lagi anak lelaki ditinggalkan diharap menyuntik sedikit kekuatan atas ujian menimpa itu.

Turut hadir sama adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Dr Mohd Fuad Salleh dan Pengerusi Assabiqat Muslimat PAS Malaysia, Khadijah Mahmud serta Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din.

Menurut Abd Razak, ketika kejadian beliau sedar dan terpelanting di luar kereta di mana dalam sekelip mata melihat isteri dan semua anaknya sudah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

Ceritanya juga, arwah dijaga oleh neneknya ketika masih kecil dan jenazah arwah telah diuruskan oleh adiknya dari awal hingga akhir pengebumian yang menyaksikan lapan beranak dikebumikan dalam satu liang lahad. – HARAKAHDAILY 22/12/2021

- Advertisement -