Khidmat Malaysia-YADIM wujudkan Dapur Rakyat

- Advertisement -

PAYA BESAR: Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Kawasan Paya Besar telah mengadakan program Dapur Rakyat bertempat di Masjid Mahkota Aman, Kuantan, di sini semalam.

Program dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang ini bertujuan menyediakan makan tengah hari kepada petugas khas operasi banjir termasuk kerja-kerja pembersihan.

- Advertisement -

Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok dan ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya antara yang hadir bersama dalam kerja-kerja penyediaan masakan dan pembungkusan makanan.

“Hari ini kita dapat sediakan 600 bungkus makanan tengah hari dan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat dengan banjir dan insya-Allah, esok kita akan mula buat 1,000 pack makan tengah hari yang akan diagihkan kepada petugas dan mangsa-mangsa banjir. 

“Keperluan yang kita lihat sekarang ini akan menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengah hari. Manakala untuk makan malam, kita akan lihat kemudiannya jika ada keperluan dan permintaan, kita akan buat juga,” kata Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Paya Besar, Mohd Fitri Abdullah. 

Maklumat yang diterima dari bilik Gerakan Khidmat Malaysia Paya Besar, inisiatif Dapur Rakyat ini juga akan beroperasi di PASTI An-Nur, Kampung Permatang Badak bermula hari ini dan akan dibantu oleh Pertubuhan Nisa’ Pahang dan Muslimat PAS Paya Besar. 

Para dermawan yang ingin sama membantu, boleh menyumbang di akaun 5562 2640 4572 Maybank – Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar dengan rujukan ‘banjir’ dan sebarang pertanyaan boleh hubungi ditalian 0162640448 atau 0139396094. – HARAKAHDAILY 22/12/2021

- Advertisement -