Dewan Ulamak pastikan gerakan PAS selari syariat

- Advertisement -

TELUK INTAN: Mesyuarat Penaja Dewan Ulamak PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya dilangsungkan di Bilik Mesyuarat Abdul Hir. Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), di sini kelmarin dahulu.

Mesyuarat tersebut telah membuat pemilihan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua yang masing-masing disandang Ustaz Mohamad Rizal Abu Bakar, Ustaz Ahmad Khairi Jamaluddin dan Ustaz Mohamad Sabri Jusoh.

- Advertisement -

Ustaz Mohamad Sabri ketika ucapan penangguhan menyeru supaya mendekati anggota masyarakat yang memiliki sekurangnya sijil pendidikan Islam atau tauliah masjid untuk didaftarkan sebagai ahli dewan itu.

Hal demikian menurutnya, penting bagi memastikan sayap PAS itu sentiasa berkembang dengan memanfaatkan para ilmuwan setempat dalam menjayakan dan mendukung perjuangan Islam menerusi wadah PAS.

“Pesan saya, jangan kita menolak jika diberi kepercayaan untuk mengajar di masjid, surau. Dengan cara tersebut dapat memberi kefahaman mendalam mengenai Islam seterusnya mewujudkan suasana ilmu dalam masyarakat,” ujarnya.

Timbalan Yang Dipertua PAS Teluk Intan, Rostam Malek yang bertindak selaku Pengerusi Tetap mesyuarat itu berharap Dewan Ulamak sebagai tunjang PAS dimanfaatkan dalam memastikan gerakan PAS selari syariat. – HARAKAHDAILY 22/12/2021

- Advertisement -