Dapur Rakyat bantu mangsa banjir di Pahang

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU: PAS Pahang melalui Khidmat Malaysia Pahang dan Jabatan Amal menubuhkan Jawatankuasa Persiapan Bencana Banjir bagi memberi khidmat membantu mangsa banjir di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, berbagai persiapan disediakan termasuk menyediakan bot bagi memindahkan mangsa banjir.

- Advertisement -

“Keadaan banjir tahun ini berlaku dengan begitu cepat dan mengejut menyebabkan ramai dalam kalangan mangsa banjir tidak dapat dibantu untuk dipindahkan.

“Namun, Alhamdulillah dengan persiapan yang disediakan dapat pihak kami membantu pasukan keselamatan termasuk Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam untuk sama-sama membantu mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, antara daerah yang teruk terjejas banjir Lipis, Temerloh, Bentong, Paya Besar, Kuantan serta beberapa daerah lain.

“Setakat ini masih ada kawasan-kawasan yang masih belum pulih malahan masih ada kawasan yang berada di paras bahaya.

“Bagi kawasan yang telah pulih pihak kami menyediakan khidmat mencuci sama ada masjid, dewan dan rumah mangsa dan InsyaAllah pihak kita turut menyediakan dapur rakyat serta bantuan keperluan semasa seperti barangan makanan, selimut, tilam serta kelengkapan yang lain,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/12/2021

- Advertisement -