DACS adakan konvoi, lancar pasukan memanah tradisi

- Advertisement -

KLUANG: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Kluang telah menganjurkan Konvoi Santai Alternative Riding Club (ARC) dan melancarkan Traditional Archery Alternative Team (TAAT).

Konvoi penutup tirai tahun 2021 yang bertujuan merapatkan ukhuwah sesama ahli, manakala memanah diadakan untuk menarik minat serta memberi pendedahan baharu sukan tersebut, telah diadakan di Sungai Teminggol, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Pengarah DACS Kluang, Muhammad Ikhwan Basaruddin, TAAT diwujudkan kerana wujud permintaan daripada ahli-ahli PAS kerana minat terhadap sukan sunnah Rasulullah S.A.W tersebut di mana menggunakan alatan tradisional.

Sempena pelancaran ini turut dilangsungkan pertandingan sesama ahli yang hadir di mana acara telah disaksikan Naib Yang Dipertua PAS Kluang, Muhammad Aliffudin Ramlee dan Pengerusi Assabiqun Kluang, Mahat Ismail.

Ketua ARC Kluang, Mohd Naqiuddin Razali dalam pada itu memberitahu konvoi tersebut berjaya menarik penyertaan 23 ahli ARC walaupun dirancang dalam tempoh yang singkat.

Selain menikmati perjalanan santai dan penunggangan mengikut peraturan jalan raya, ahli-ahli terlibat juga disusun aturcara dengan program sumbangan kepada asnaf di Kampung Sri Lukut, Kahang, di sini.

Konvoi bermula dari Balai Islam Haji Omar Jani (BIHOJ) ke Kahang Advanture & Eco Camp ini menempuh laluan sejauh 45 kilometer. – HARAKAHDAILY 21/12/2021

- Advertisement -