Oleh SARINA ISMAIL
ALOR SETAR: Penduduk di utara Semenanjung Malaysia khususnya Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diarahkan berjaga-jaga berikutan amaran hujan lebat bakal bermula esok.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), penduduk di ketiga-tiga negeri itu diminta berhati-hati berikutan cuaca buruk yang bakal berlaku di negeri terbabit.
“Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bakal menghadapi keadaan hujan lebat bermula awal pagi esok selepas cuaca kembali pulih di sebelah Pantai Barat Semenanjung,” katanya pada kenyataan seperti dilapor media.
Amaran tahap waspada itu juga melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.
Oleh itu orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga dan berwaspada kerana kejadian itu boleh menyebabkan banjir kilat terutama di kawasan rendah. – HARAKAHDAILY 21/12/2021